TOURISM MALAYSIA ANJUR SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN MINAT KHAS

 

TOURISM MALAYSIA ANJUR SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN MINAT KHAS

KUALA LUMPUR – Sejajar dengan usaha untuk menarik lebih ramai ketibaan pelancong ke negara ini, Tourism Malaysia telah mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan minat khas mengenai peranan dalam menggiatkan lagi industri pelancongan negara bagi merealisasikan Tahun Melawat Malaysia 2025. Program yang diadakan di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur itu telah mengumpulkan hampir 100 pengusaha industri pelancongan dari pelbagai segmen produk minat khas untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan bagi kembali memulihkan industri pelancongan khususnya bagi segmen minat khas.Encik Shahrin Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata, “Sesi libat urus yang diadakan ini dapat mengukuhkan hubungan rangkaian antara penggiat industri di samping berkongsi peranan penting yang dimainkan dalam membangunkan pakej pelancongan khusus bagi segmen minat khas di Malaysia.“Hasil kerjasama erat antara Tourism Malaysia bersama penggiat industri dan agensi-agensi berkaitan, pelbagai pakej menarik yang telah dibangunkan seperti pakej selam skuba, warisan, coffee trail, beli-belah dan lain-lain lagi untuk dipasarkan sama ada di dalam mahupun di luar negeri,” tambah beliau.Pada sesi tersebut, Tourism Malaysia juga memaklumkan kepada penggiat industri yang hadir tentang program-program yang akan dilaksanakan pada tahun ini dengan membuka peluang untuk penyertaan dalam program-program tersebut. Di samping itu, pengusaha yang hadir juga telah diperkenalkan kepada video-video promosi segmen minat khas yang telah dibangunkan termasuk sebuah video promosi yang baru, “Truly Wondrous Nature and Rainforest”.Video ini mengetengahkan Malaysia sebagai destinasi untuk menikmati khazanah alam semula jadi yang menakjubkan dengan berlatarkan ekosistem yang berusia lebih 130 juta tahun.
Pada tahun ini, Tourism Malaysia mensasarkan ketibaan sebanyak 16.1 juta pelancong yang mampu menjanakan pendapatan sebanyak RM49.3 bilion kepada ekonomi negara. Pada tahun lalu, seramai 10.1 juta orang pelancong tiba di negara ini yang menjana pendapatan sebanyak RM28.2 bilion. Manakala bagi Tahun Melawat Malaysia 2025, sasaran ketibaan pelancong adalah sebanyak 23.5 juta orang pelancong yang berupaya menjana pendapatan sebanyak RM76.8 bilion kepada negara.

                                                                          UNN/Andy Sengiah 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Releated

कश्मीरी पंडितों का आरोप, ‘बिना नोटिस हमारी दुकानें तोड़ दी गईं’

  कश्मीरी पंडितों का आरोप, ‘बिना नोटिस हमारी दुकानें तोड़ दी गईं’ जम्मू। जम्मू विकास प्राधिकरण ने कश्मीरी पंडित प्रवासियों द्वारा बनाई गई दुकानों को ध्वस्त कर दिया है। इसके बाद वहां विरोध-प्रदर्शन शुरू हो गया है। प्रभावित व्यक्तियों ने सरकार से उनकी दुर्दशा का समाधान करने का आग्रह करते हुए नई दुकानों की मांग […]

अजमेर में ख्वाजा मोइनुद्दीन चिश्ती के 813वें उर्स को लेकर तैयारियां जोरों पर, कोई खुश, कोई नाराज

  अजमेर में ख्वाजा मोइनुद्दीन चिश्ती के 813वें उर्स को लेकर तैयारियां जोरों पर, कोई खुश, कोई नाराज अजमेर। अजमेर के प्रसिद्ध ख्वाजा गरीब नवाज के 813वें उर्स के अवसर पर आयोजित बैठक में जिला प्रशासन और दरगाह से जुड़े लोगों के बीच विभिन्न मुद्दों पर चर्चा हुई। बैठक में दरगाह पर आने वाले लोगों […]